selamat datang

Selamat datang ke blog Cowboy Levi's Bundle.
Cowboy Levi's Bundle menjual Levi's 501 yang terpilih dari USA, cowboy boots (legend) dan lain-lain.

Thursday, September 16, 2010

Bermulanya Cowboy Levi's Bundle



Arwah Abg Man (Azman), pengasas Cowboy Levi's Bundle
Tahun 2005, bermulanya riwayat Uptown Shah Alam dan pada mase yg samalah bermulanya Cowboy Levi's Bundle ni. Arwah ayah antara usahawan pertama bersama usahawan2 lain yg bersama2 memulakan perniagaan di Uptown Shah Alam. Perbezaan Cowboy Levi's Bundle (CLB) ni ialah idea untuk menjual jeans original kerana pada mulanya, kebanyakan lot di Uptown Shah Alam yg menjual jeans hanya menjual jeans immitation atau jeans ciplak, bak kate org sini jeans 'local' yg kebanyakan dr Siam (Thailand). Arwah ayah mengasaskan CLB sbb permintaan yg tinggi untuk jeans Levi's selain minatnya yg sgt mendalam.  


Gambar pada awal pembukaan CLB - Levi's 501
Product utama di Cowboy Levi's Bundle ialah, tak lain dan tak bukan...jeng3..Levi's 501. CLB mmg menumpukan hampir sepenuhnye kpd Levi's 501 tapi still ade Levi's lain seperti 505 dan brand2 lain, cuma tak banyak. Senang cerita, jgn carik brand jeans lain lah kat CLB ni..name pun Cowboy "LEVI'S" Bundle. Boleh jumpe 501 yg terbaik je kat sini.. (mcm riak je..haha). Ade jugak customer tanye pasal jeans perempuan, tp dukacita dimaklumkan, CLB mmg ade 501 je..nasib kadang2 kalau ade 501 for women. Tp itupun still mengekalkan ciri2 501, bukanlah mcm jeans perempuan yg fesyen skrg ni.  


Gambar pada awal pembukaan CLB - Levi's 501

Nama Cowboy Levi's "BUNDLE" ni digunakan sebab nak menunjukkan produk di CLB menjual 501 terpakai walaupun produk di sini bukan diambil dari guni2 bundle, tp sebenarnye barang2 selected dari store2 barang terpakai (used items) di USA. Perkataan 'bundle' tu digunakan sebab perkataan tu lebih sinonim dgn customer di Malaysia. Tp sekali lagi ingin ditegaskan kat sini yg mana barangan di CLB adalah barang selected, bukannya bundle dlm guni seperti kebanyakan bundle. 



Pada mulanya, CLB tertumpu kpd Levi's 501 Made In USA tp disebabkan barangan camtu susah nak dapat, ade jugak 501 Made in Mexico, Guatemala, Dominican Republic, Haiti dll seumpamanya yg mmg khas untuk market USA. Kadang2 ade customer tanye pasal barang made in USA tp untuk pengetahuan semua, barang Made in USA mmg dah tak keluar kerana kilang2 di USA dah tutup disebabkan kos buruh yg tinggi. Nanti jd mahal pulak seluar 501 tu. Cuma ade satu kilang di USA yg masih beroperasi menghasilkan barangan Levi's tetapi hanya barangan tertentu shj. Sebab tu customer jgn rase tertipu pulak bile barang CLB bukan Made in USA. 

Bro Gamal
Ramai customer yg tertanye2 "Mana dapat barang2 ni dik?". Itulah soalan yg selalu ditanya, FAQ (Frequently Asked Question) bila customer tahu barang kita bukan cilik-cilik barang. Haaa, jawapannya, CLB ade 'kaki' kat sane (Chicago, IL USA). Kalau customer yang pernah ternampak, ade satu mat saleh (Bro Gamal) lepak kat CLB. (Ade dengar dari kwn2 Bro Gamal ni, org panggil mat saleh murtad sbbnye walaupun muke mat saleh abis, tp lidah pekat loghat nogori sembilan..haha). Bro Gamal ni lah yg supply barang2 baik punya dari USA!! Yg dipilih sahaja!! Tp peluang untuk berjumpa Bro Gamal ni dekat Cowboy Levi's Bundle, Lot B44 Uptown Shah Alam ni amat tipis sbb Bro Gamal ni duduk USA, setahun sekali dekat nak raye baru nampak batang hidung sebab nak balik raya dekat Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 



Kawan2 pada awal pembukaan CLB
Lastly, agak2 kenape CLB pilih Levi's 501 sbg produk utama? Secare ekonomiknye, mungkin sbb ramai peminat 501 atau Levi's kat Malaysia ni. Tapi kalau nak ikutkan, Levi's 501 memang terkenal sbb kualitinya (Quality Never Goes Out of Style) selain revolusi Levi's 501 dari first edition sampai yg terbaru, sejarah2 yg menarik dan cerita2 di sebalik jeans Levi's 501 itu sendiri yg membuatkan Levi's 501 antara jeans yg terbaik di dunia. Ilmu tentang Levi's 501 ni banyaknya belajar dari otai. (arwah ayah, Abg Man.)





Jemput singgah di tapak perniagaan Cowboy Levi's Bundle di Lot B44 Uptown Shah Alam!!
Cowboy Levi's Bundle, membawakan kepada anda Levi's 501 terpakai yg dipilih sahaja.
Sampai sini dulu. Jangan lupa "Like" Cowboy Levi's Bundle di Facebook!!

7 comments:

  1. ni first post..kalo ade pape comment or kritikan membina, jgnlah segan2 nk post!!

    ReplyDelete
  2. suke-suke,saya sangat suka (walaupun nyampah sebab takde jeans pompuan..)
    majulah Levi's untuk keluarga!!

    ReplyDelete
  3. sudah tentu yang terbaik........straight from USA

    ReplyDelete
  4. Salam, abg berminat nk beli jeans tak sebab saya nak let go 3 helai levi's original yg tersalah beli (silap pilih saiz). 2 helai 503 hitam dan biru saiz 33in beli bulan 11 tahun lepas & sehelai 505 33in hitam yg dibeli thn 2005. Condition tip top.

    ReplyDelete
  5. Askum... Sy wan dri kb .. Dgn sy skrg ada sehelai jeans levis 501xx vintage thn 1947.. Dan sy memang nak jual skrg dgn nilai yg sepatutnya .. Berminat sila wassap sy 017 9339 277.. Wan.. Tkasih..

    ReplyDelete