selamat datang

Selamat datang ke blog Cowboy Levi's Bundle.
Cowboy Levi's Bundle menjual Levi's 501 yang terpilih dari USA, cowboy boots (legend) dan lain-lain.

Saturday, October 16, 2010

501 saiz 76"??




pheeewiiitt!
Pernah tak time korang sedang "menyelam" bundle2 sebelum ni, korang ada ternampak @ terjumpa seluar2 Levi's 501 yg agak pelik @ 'rare' @ eye-catching? Kepada sesiapa yg biasa menyelam dalam2 tu kebiasaannya mesti pernah ternampak la.. Kadang2 owner bundle tu saja tayang seluar2 'rare' collection deorg.. Saje je gantung tinggi2 bagi semua org nampak dan curious "kenapa lah seluar tu di gantung tinggi2? mesti ade sebab ni!!"..hahaha..






Levi's 501 1st generation (1890)


 Kalau ikut sejarah seluar jeans Levi's 501 ni mmg banyak revolusi dan mutasinya. Start dari 1st edition Levi's 501 tahun 1890-an hingga lah sekarang ni, macam2 perubahan berlaku pada seluar ni. Kadang2 boleh confuse dibuatnya. Tapi bagi otai2 yg dah lama bergelumang bundle ni, bukan problem bg deorg nak tau asal-usul jeans 501 kegilaan ramai ni. Sampai tahap yg bole tahu keluaran tahun bila jeans tu sekadar dgn "menjeling" manje kat seluar tu..haha.. Tapi ade jugak yg tertanya2, camne sesetengah org ni boleh tau? Jawapannye.."OBSES" atau minat yg amat mendalam kat brand jeans yg pertama di dunia ni.



Levi's Vintage Clothing
Cowboy Levi's Bundle (CLB) ade jugak beberapa koleksi seluar 'rare'  yg nak dikongsi bersama korang (kongsi tengok je..haha). Tapi disebabkan CLB masih baru di 'pentas' bundle ni, koleksi kitorg tadelah banyak sgt. Cukuplah buat modal berborak dgn customer yg tertengok lalu terjatuh hati. hahaha.. Sekarang ni CLB tgh cuba mencari seluar2 jeans 501 mengikut timeline sejak tahun 1890 sehingga yg terbaru. Tapi bukan lah barang lama. Kalau dpt barang lama yg tahun 1890, dah tentu ktorg contact syarikat Levi's dan terus jual kat deorg dgn harga yg sgt tinggi..haha.. Barang yg ktorg cuba cari ialah collector's item ataupun dikenali dgn Levi's Vintage Clothing (koleksi Levi's lama) yg dibuat semula (reproduction).

Bro Gamal (boss) dgn koleksi saiz gabak


Salah satu jeans 501 yg rare dlm koleksi ktorg ialah seluar capital E (big E), redline (kepala kain), button no. 2, dan yg penting sekali.... SAIZ 76" ..bayangkan lah betapa... tak payah bayang... tengok je 501 kat sebelah ni!! humang aih, godang eh kate org negeri sembilan..haha..saiz kebiasaan rakyat Malaysia antara 30"-36" je...ini saiz 76"!!! Soalan yg biasa bertempias kat telinga ktorg ni "siapa pakai seluar ni bang?" ktorg plak menjawab "itu tak penting, skrg ni ktorg punya!! (tataula sape yg pakai..haha)" 







sape lagi nak masuk?
perbandingan dgn budak umur 8 tahun
Redline (kepala kain)
button no. 2
7 buttons?
redline, big E, button no.2
dipercayai patch S501xx
capital E (big E)

mmg BESAR!!!!
                      
Kalau ade sesiapa minat nak belek2 seluar ni atau collection yg lain,
Jemput singgah di tapak perniagaan Cowboy Levi's Bundle di Lot B44 Uptown Shah Alam!!
Cowboy Levi's Bundle, membawakan kepada anda Levi's 501 terpakai yg dipilih sahaja.
Sampai sini dulu. Jangan lupa "Like" Cowboy Levi's Bundle di Facebook!! 



No comments:

Post a Comment